Sumbangan barangan keperluan disalurkan
Terima kasih kepada para penyumbang. Bekalan keperluan asas telah diterima dan diagihkan kepada penerima.
URGENT RELIEF PROGRAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dukacita dimaklumkan bahawa satu kejadian kebakaran telah berlaku pada kira-kira jam 4:15 petang (Jumaat, 3 April), melibatkan sebuah kediaman milik Encik Khairudeen Othman dan…
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dukacita dimaklumkan bahawa satu kejadian kebakaran telah berlaku pada kira-kira jam 4:15 petang (Jumaat, 3 April), melibatkan sebuah kediaman milik Encik Khairudeen Othman dan keluarganya. Kejadian tersebut mengakibatkan kira-kira 80% rumah musnah dalam kebakaran. Alhamdulillah, semua ahli keluarga dilaporkan selamat. Walau bagaimanapun, ibu mangsa mengalami kecederaan melecur dan kini menerima rawatan di hospital. Beliau berada dalam keadaan stabil tetapi masih trauma. Berikutan kejadian yang tidak diingini ini, Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA), dengan penuh rasa prihatin dan ihsan, ingin memaklumkan bahawa Tabung Bantuan YTAA telah diwujudkan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa dan keluarganya. Tabung ini bertujuan menampung keperluan asas segera mereka, termasuk makanan, pakaian dan keperluan harian, memandangkan sebahagian besar harta benda mereka musnah dalam kejadian tersebut. Selain sumbangan wang, YTAA turut mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan seperti: Makanan kering / tahan lama Pakaian lelaki dan wanita dewasa Pakaian kanak-kanak Lain-lain keperluan harian yang bersesuaian Semua sumbangan akan disampaikan terus kepada keluarga yang terjejas. Tabung Bantuan YTAA kini dibuka kepada orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi YTAA melalui saluran komunikasi rasminya. Marilah kita sama-sama mendoakan mangsa dan keluarga mereka agar diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga setiap sumbangan menjadi sumber kebaikan dan diberkati Allah SWT. Hari ini mereka diuji; mungkin esok tiba giliran kita pula. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penderma atas ihsan dan sokongan anda.
Dana yang dikumpulkan akan digunakan dengan telus dan berhemah seperti berikut:
Terima kasih kepada para penyumbang. Bekalan keperluan asas telah diterima dan diagihkan kepada penerima.
Kes ini telah disemak dan disahkan oleh pasukan YTAA sebelum disiarkan untuk sumbangan orang ramai.
Pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Mempunyai lesen kebenaran kutipan derma yang sah.
Resit rasmi dikeluarkan. Pelepasan cukai (jika berkenaan).
Kes dinilai dan disahkan oleh pasukan YTAA sebelum siaran.
Pemantauan kewangan berkala dan audit dalaman sekurang-kurangnya setahun sekali.
Maklumat penerima dilindungi mengikut dasar privasi YTAA.
Transaksi selamat melalui saluran pembayaran rasmi dan dipercayai.
Tertakluk kepada kelulusan dan dokumentasi semasa. Jika berkenaan.
Setiap sumbangan disalurkan mengikut pecahan penggunaan dana yang dipaparkan di atas, tertakluk kepada keperluan sebenar kes ini.
Ya, resit rasmi akan dikeluarkan bagi setiap sumbangan yang berjaya, termasuk pelepasan cukai jika berkenaan.
Setiap kes disemak oleh pasukan YTAA melalui lawatan tapak, dokumen sokongan dan penilaian sebelum disiarkan.
Ya, kemaskini terkini mengenai perkembangan kes akan dipaparkan di bahagian "Kemaskini Kes" di atas.
Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, WhatsApp atau emel seperti yang tertera di bahagian sebelah.
Boleh, sila hubungi kami untuk berbincang mengenai sumbangan bukan tunai seperti barangan keperluan.
Setiap sumbangan anda membawa perubahan yang besar.Bersama kita ringankan beban, menyantuni mereka yang memerlukan.